30 Januari 2009

LePaK MaMaK

Pas ambik Afiq gan papa ptg semalam, rasa teringin lak nak minum teh tarik. Maklumlah lepas hujan, klu pekena teh tarik sedap ni..ajak papa gi lepak kt mamak berdepan gan Mydin Putrajaya. Klu ajak papa, papa mesti setuju jer. Afiq lglah setuju sgt2..

Puteri rasa teringin sangat nk minum teh tarik. dah lama tak pekena teh tarik. Teringin bukan bermaksud kena buatan orang yer kawan2..INGAT TU...

Sampai mamak, puteri dan papa hanya order air je. Nk lepas gian jer. Tapi Afiq siap order milo ais gan roti sardin.

Afiq dgn baju sekolah agama terus smpi kedai mamak. Belasah je lah Fiq. Orang lain paham Afiq baru balik sekolah.

Sambil makan ni, Afiq cite kat kitaorang yang dia kena rotan kat tapak tgn dgn ustaz tadi sebab semalam tak pegi sekolah agama. Semalam sekolah kebangsaan mmg cuti sempena CNY, tapi sekolah agama sekolah macam biasa. Afiq pon ambik kesempatan ar tuk cuti. Bukan Afiq seorang jer yg kena pukul, rupa2nya ramai yg kena sbb ramai yg ponteng. Mengamuk sakanlah ustaz tu agaknya.

Puteri gan papa gelakkan jelah Afiq kena rotan. Papa cakap kat Afiq,"haa..rasakan kena rotan. Cakap papa gan mama langsung tak nak degar."

Muka Afiq poyo je bila papa ckp cmtu. Dalam poyo2 tu abis jugaklah roti sardin tu dibelasahnya dan muka tetap maintain bila suruh ambik gambar.

Gambar papa ni pulak, puteri ambik masa papa col adik dia Azri. Puteri cite kt papa yg Azri eksiden kete masa balik kg. Uii papa bila degar jer Azri eksiden, dan2 tu jugak terus col Azri. Sayang laki aku kat laki ko Maya....

Cantik jugak pemandangan kat kedai mamak ni yer. Gambar berlatarbelakang pasaraya Mydin. Klu lah puteri dapat tukarkan pasaraya Mydin tu gan shopping kompleks Pavilion kan ker bagus...wakaka...

Tiada ulasan: