29 Januari 2009

JoGGing TiMe

Petang Selasa (27.01.09) memang takde plan nk gi mana2. niat hati mmg nak lepak2 kat umah sambil melayan kerenah anak2 & anak buah.

Bila dah petang, terasa boring lak asyik dok umah jer. Papa terus memberi idea tuk bawak budak2 main kat Taman Tasik Cempaka. Ok gak idea papa tu. Idea yg tidak mengeluarkan duit. itu yg paling penting..hahaha...

Amin telah bersedia dgn sport shoes nyer smbil memberikan post yg menarik. Sejak kebelakangan ni, puteri tengok Amin suka ambik gambar. Sbb dia memberikan sokongan moralnya kpd mama yg sedang kemaruk ambik gambar untuk blog.

Nilah anak2 kesayangan puteri. Diaoranglah yg menjadi penghibur duka lara puteri.

Tengok ar Amin tu. Tangan siap masuk dalam poket suar. Bagus ar anak mama...


Papa setia melayan kerenah Amin. Kesian puteri tengok Amin, termengah-mengah dia berjogging. Amin jogging sambil membebel-bebel penat.

Aiman, Farah & Afiq bila dah start jogging mmg dah tak ingatlah kat adik. Tapi antara mereka bertiga, Farahlah yang paling kuat berlari. Memang kat sekolah, anak dara ni aktif bersukan.




Memang seronok aktiviti kitaorang petang tu. Anak2 dah besar senang nak ajak & nak lakukan apa2 aktiviti.

Setelah habis satu taman kitaorang berjogging, papa upah Amin makan aiskrim pulak. Rupanya-rupanya masa kitaorang sibuk berjogging, papa dah janji gan Amin untuk upah beli aiskrim klu Amin dapat habiskan satu round kat taman tu. Amin dah mintak papa dukung. Aduhhhhhhhh papa nak dukung Amin, papa pun dah tak larat. Tu yg papa janji upah aiskrim tu.

Camne nak kurus ni. Lemak2 baru nak terbakar dah makan aiskrim...takpe2..anggaplah aiskrim sebagai pembasah tekak yer (nk sedapkan hati sebenarnya)..


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

puteri,
jogging, jogging jugak.. mn i punya gambar ms maen netball last week.. huhu.. nak laaa..

PuTeRi BoNgSu berkata...

bawak bsabar ye kak..
sok kita posing lagi

PuTeRi BoNgSu berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.