Memaparkan catatan dengan label Pregnant. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pregnant. Papar semua catatan

16 Jun 2010

35 MinGGu

Alhamdulillah...

Syukur pd Allah SWT...

Smlm gi check up, minggu ni kandungan dah genap 35 minggu. Next week 36 minggu atau 9 bulan. Dan next week jugak, doktor dah suruh dtg check up seminggu sekali.

Pejam celik, pejam celik dah nk beranak. hohoho...

Maknanya puteri dah kena prepare brg2 keperluan puteri & baby tuk dbawa ke hospital kelak. Beg & buku check up perlu distandby dlm kete. Yelah mnlah tau, tgh2 drive @ tgh mkn angin gan ank2 tiba2 nk tberanak lak. Takdelah mengelabah nk balik umah.

Doa pd Allah, moga kandungan sentiasa sihat & dipermudahkan proses kelahiran kelak.

Aminnnnnn....

1 Jun 2010

PerSeDiaaN DeMi PerSeDiaaN

Aktiviti weekend puteri pada minggu lps ialah mengemas, mengemas & mengemas!!!

Puteri & papa mula mengorek kotak2 brg simpanan baby & baju2 baby time Afiq & Amien dulu.

Skenya ati puteri ni bila tgk sume barangan simpanan ni sume masih elok digunakan lg. Hanya 4,5 psg bj je yg x leh guna sbb dah kuning2 dsbbkan kesan lipatan. Yelah dah 6 taun pon barang2 tu tsimpan dlm kotak. Btmbh ske bila tgk kain napkin masih leh digunakan. lgsung x berubah warna. sonoknya dah save skit ongkos x yah nk beli kain napkin. hikhikhik..yelahkan napkin ni sekejap je nk digunakan. setakat 2,3 mggu je. tu pon tuk bedung baby jew.


Sebahagian gmbr tuk tontunan umum

Rasanya 85% brg2 baby dah complete kot. Tinggal brg tuk mama baby je yg x complete lg. Tinggal set bsalin x beli lg. Adehhhh..puaslah search internet apa yg tbagus. naik pening rsnya. hahaha carik set bsalin pon smpi nk pening. wink..wink..

26 Mei 2010

33 MinGGu

Smlm start check up kt klinik swasta.

Usia kandungan dah mencecah 33 mggu. Ni bmakna usia kandungan puteri dah mcecah 8 bln. Ada lg sebulan nk bwk peyut.

Jom kita tgk keadaan bb lak kt dlm peyut :
Bayi telah memiliki bentuk wajah yang menyerupai ayah dan ibunya. Otak bayi semakin pesat berkembang. Pada saat ini juga otak bayi sudah mulai bisa berkoordinasi antara lain, bayi sudah menghisap jempolnya dan sudah bisa menelan. Walaupun tulang-tulang bayi sudah semakin mengeras tetapi otot-otot bayi belum benar-benar bersatu. Bayi sudah bisa mengambil nafas dalam-dalam walaupun nafasnya masih di dalam air. Apabila bayinya laki-laki maka testis bayi sudah mulai turun dari perut menuju skrotum. Berat badan bayi 1800-1900 gram, dengan tinggi badan sekitar 43-45 cm.


yabedabedu...x sabar rsnya nk tgk bb..

Semoga sumenya selamat..Insyaallah..

13 Mei 2010

30 MinGGu

Semlm puteri gi check up lg. Kali ni usia kandungan dah mencecah 30 minggu. Ini bmkna kandungan dah masuk 7 bulan setengah. Sekejapan je masa berlalu. xsangka puteri dah smpi stage ni.

Perubahan2 setakat ini ialah :-

1. Dah tak larat nk bdiri lama2.
2. Semakin hr semakin mengah
3. Baby semakin aktif. Menendang x kira masa.
4. Nk baring pon serba x selesa.
5. Asyik nk gi shi2 je(buang air kecik la)

Ada lg 2 bulan tuk puteri bwk peyut yg bsr ni. Terasa x sabar2 nk tgk muka bb.

Semoga sumenya selamat...

3 Mei 2010

iNSyaaLLaH...JaDi KeNYaTaaN

SALAM,

Berjumpa lg kita di pg Senin. Pg ni hati puteri sgt happy. Hati & perasaan tuk saat2 ini tidak dpt dgmbrkan selain drp HAPPY, HAPPY, HAPPY & HAPPY...

Knpa puteri HAPPY ???

Btl kata pepatah. Penantian 1 penyiksaan. Mmg siksa nk menunggu. Hampir 7 bln, akhirnya apa yg dihrp2kan dimakmulkan oleh Allah SWT. Harapan & penantian kami suami isteri akhirnya terjawab sudah!!

Pagi tadi slps menghantar ank2 ke sek, dgn ditemani papa kami ber2 ke klinik Zalfah. Tujuan utama ialah nk jumpa Dr Sabri tuk wat scan. Ramai kwn2 opis tmasuk ibu mertua menyuruh puteri bjumpa dgn Dr ni. Semua mberi galakkan & dorongan tuk bjumpa shj dgn doktor ni. Mereka kata insyaallah dgn tgn doktor ni akan nmpk jantina baby. Tuk pengetahuan kwn2, doktor ni sebenarnya bknlah pakar puan, tapi dsebabkan experiencenya lama dlm bidang kedoktoran maka ramailah yg kata apa yg discannya menjadi kenyataan. Makanya puteri pon mencubalah nsb.

Masa menunggu doktor, dlm hati ttp bdoa semoga Allah SWT memberi keizinan tuk puteri melihat jantinanya.Maklumlah dr bulan ke 5 puteri menunggu sehinggalah skrg, BB ttp bg surprise kpd mama & papanya.

Akhirnya....

Tjwb sudah segala persoalan. Setelah doktor check disebalik peha BB akhirnya jwpannya ialah :-

||
V
||
V
||
V
||
V

BB GIRL !!!!

Alhamdulillah...akhirnya Allah SWT memakmulkan permintaan puteri. Syukur kpdnya..

Dlm kete papa sempat mberikan ciuman di pipi smbil mengucapkan thank u & tahniah. Bertambah2 ske hati ni rsnya. seperti dlm hati ada taman...wakaka..

Tak sabar lak rsnya nk shopping baju-baju gegirl...sonoknya....

17 Mac 2010

PeRKeMBanGaN SeMaSa

Memandangkan minggu ni usia kandungan puteri mencecah 23 minggu, makanya puteri nk letakkan perubahan2 yg ada pd diri puteri setakat ini.

Perubahan2 yg ada pada puteri skrg ialah :

1. Cepat mengah tapi masih leh blari2 anak.
2. Peyut makin ke dpn dgn majunya.
3. Baby mula bgerak dgn aktif.
4. Jantina masih tak nmpk. masih surprise !!
5. Selera mkn makin btmbh.Mamposlah aku pas ni..
6. Kembang sana sini. adehhh...
7. Emosi sgt2 sensitif & kuat jeles. sampai dah kena tegur gan papa. papa kata buruk perangai..
8. Yg penting semakin ayu...perasan ttp ada...

Jom kita berkongsi pulak perkembangan baby di dlm peyut tuk tatapan pembaca2 blog puteri.

Perkembangan janin dlm kandungan dlm trimester kedua (minggu ke 14-minggu 27)

MINGGU KEEMPAT BELAS (14)

- Perkembangan janin pada masa ini ialah janin mula belajar menghembus dan menarik nafas.

MINGGU KELIMA BELAS (15)

- Kulit janin kelihatan lutsinar. Jadi, apa sahaja yang melalui salur darahnya dapat dilihat dengan jelas biarpun kulitnya itu dilindungi rambut halus.

MINGGU KENAM BELAS (16)

- Perkembangan janin dalam kandungan yang dapat dilihat, Kaki janin semakin panjang dan boleh menendang.ketika pemeriksaan antenatal dilakukan, anda boleh mendengar denyutan jantungnya. janin melakukan pergerakan pertama matanya dan turut memberi tindak balas kepada bunyi walaupun telinganya belum terbentuk sepenuhnya.

MINGGU KETUJUH BELAS (17)

- Saiz janin pada masa ini sebesar avakado iaitu beratnya 170 g dan lemak mula menyaluti kulit bawahnya. janin boleh menghisap dan menelan . Matanya kini sudah diakhir pemebentukan. Janin sudah berupaya mengerdipkan matanya.

MINGGU KELAPAN BELAS (18)

- Perkembangan janin dalam kandungan pada masa ini, berat janin adalah sekitar 225g. Janin mulai pandai membuat bunyi-bunyian. Janin jugaakan menutupkan telinganya jika terdengar bunyi membingitkan.

MINGGU KESEMBILAN BELAS (19)

- Kulit janin dilindungi dengan bahan melekit putih yang dikenali verniks daripada air ketuban. Janin mula berlatih menggerakkan tubuhnya seperti berguling dan melentik ke belakang. janin juga suka menggerakkan mata, menendang dan menumbuk.

MINGGU KEDUA PULUH (20)

- Perkembangan janin dalam kandungan yang kita dapat lihat ialah jika bayi anda perempuan, rahimnya sudah terbentuk. Sistem saraf dan otaknya kini suda matang bagi membolehkan dia menggerakan otaknya.

MINGGU KEDUA PULUH SATU (21)

- Perkembangan janin dalam kandungan yang kita dapat lihat, saiz janin sebesar buah pisang yang besar. Lemak berterusan berkumpul dan tulang-tulang serta otot-ototnya semakin hari semakin kuat. Perkembangan janin dalam kandungan pada masa ini agak perlahan tetapi jantungnya semakin kuat.

MINGGU KEDUA PULUH DUA (22)

- Perkembangan janin dalam kandungan pada masa ini kelihatan berkembang dengan sempurna. Tulang dalam bahagian telinga semakin keras, maka pendengarannya semakin jelas.

MINGGU KEDUA PULUH TIGA (23)

-Tulang telinga janin pada masa ini sudah mengeras dan lanugo di kulitnya semakin menipis dan bewarna kegelapan. Apabila anda melakukan persetubuhan, bayi akan menyedarinya dan kadar denyutan jantungnya akan naik atau turun mendadak. Tetapi hal ini tidak memudaratkan janin.

MINGGU KEDUA PULUH EMPAT (24)

- Perkembangan janin dalam kandungan, pada masa ini, ialah janin mulai bertindak balas dengan suara anda.Rangsangan baik untuk perkembangan otaknya.

MINGGU KEDUA PULUH LIMA (25)

- Salur darah dalam paru-paru janin mula berkembang dan lubang hidungnya mula terbuka. Perkembangan dari segi tulang juga dapat dilihat, tulangnya semakin kuat. Struktur telinganya sudah sempurna.

MINGGU KEDUA PULUH ENAM (26)

- paru-paru Janin mula menghasilkan bahan yang dikenali sebagai surtactant yang mebolehkannya bernafas dengan baik, warna mata janin bergantung kepada warna latar belakang etniknya.

MINGGU KE DUA PULUH TUJUH (27)

- Janin pada masa ini seberat 907 g dan panjangnya 14 inci, Janin kelihatan seperti bayi yang sudah lengkap anggota badanya tetapi dalam bentuk yang kecil dan kurus. Otak dan paru-parunya brekembang pesat, janin sangat suka menghisap jarinya.

Terima kasih mr google...

1 Mac 2010

IkaN PuNYa HaL

Dlm seminggu ni tekak rs nk mkn ikan kerapu je..

Puteri luahkan rs ati kt husband, so husband pon bwklah isterinya ke restoran di area Bangi. Tapi syg seribu kali syg..wah dah mcm tajuk lagulah plak...setiap restoran yg kami gi, sume kata dah abis. ikan siakap adalah kata waiter tu plk..ikan tu nk wat hape..

Leh kerna nk jugak ikan kerapu, mlm semlm papa cuba gak bwk puteri ke restoran di Sg Besi. Sederet gan kedai di Minlon yg dtepi highway tu.tapi ttp syg seribu kali syg..restoran tu tutup plak. rs cam nk menangis puteri dbuatnya. punyalah teruk perangai ko... hahaha..

Dr Sg Besi kami terus ke area Bangi lg sekali. mn tau kali ni ada rezeki..rupanya mmg xde rezeki gak. masih beralasan ikan dah abis. Smpi puteri bersuaralah kt waiter tu..dah abis ke mmg ko tak jual. klu x jual, ckplah tak jual..hahaha..sia2 je dak tu kena marah...

So, ari ni kt opis puteri meluahkan perasaan kt kwn baik pulak. konon2 mengadulah..nsb danishahumaira sanggup melayan kehendak sahabatnya ni & terus mengajak puteri lunch di Village View Bangi. Bila danishahumaira pelawa cmtu, hati puteri ni rs sonok yg tak terhingga & smpi kt kete bdoa moga2 adalah ikan kerapu...

Smpi di restoran ni, soalan pertama yg puteri soal kt waiter ialah :

puteri : "ikan kerapu ada tak dik"....
waiter : ada kak..
puteri : alhamdulillah serentak gan danishahumaira...
waiter : muka blur..

ya allah...punyalah sonok rsnya..nk melompat pon ada.hahaha..

nilah dia ikan yg diidam-idamkan..

haaa ambik ko..gigi gan kpala je tinggal. klu x diingatkan nasihat org tua2, jgn mkn kpala ikan dah lama puteri telan skali.hikhikhik...gelojohnya ko puteri..

Anyway thanks a lot kt danishahumaira & ibuhani krn sanggup melayan selera ibu mengandung ni..mmg sedap & bselera sungguh puteri mkn tadi.alhamdulillah...