19 Januari 2009

AnuGeRaH AJL

Wahhhhhhhhhhhhhhhh...dengan BANGGAnya puteri nk cite kt kengkawan sume...

Semalam puteri dapat 2 tiket VIP ke Anugerah Juara Lagu Muzik2 08. Ulang suara yer tiket VIP yer kengkawan...bukan tiket yang dok belah-belah atas stadium tu.

Tanpa disangka-sangka semalam dalam pukul 1.50 ptg, puteri terima col dari shibam jelita. Angkat jer call, shibam jelita tanya :

shibam jelita : puteri bongsu, ko tgh buat apa ??

puteri : tengah layan berita ni.

shibam jelita : ehh, ko nak tak tiket g juara lagu malam ni. aku ada 2 tiket vip & 5 tiket tuk
tempat biasa.

puteri : ehh mesti ar nak. aku nak tiket vip tu.jgn kasi orang lain tau. tapi dok tempat vip
tu aku takde baju glamos ar..

shibam jelita : sambil tergelak..poyo ar ko, pakai baju biasa pon takpelah.

puteri : oklah confirm aku ambik..

Haaaaaaaa...itulah kejadian tengahari semalam.

Kebetulan anak-anak puteri mmg takde kat umah. Pagi tadi along puteri dah ambik budak-budak g umah dia. Apalagiiiiiiii... tanya kt papa. nak g ke tak. jawapan papa :

"sukahatilah, tapi tnyalah along dulu dia leh jaga anak ke tak".

Puteri pon terus col along, nak tanya persetujuan dia tuk jadi baby sitter tuk anak2 puteri. Jawapan dr along begitu mengumbirakan puteri.

" Ko nak gi, gi lah. biar budak2 kat sini. abis AJL kang ko datanglah ambik".

Wahhhhh...rasa nak melompat pon ada. Dah dapat "GREEN LIGHT"..


Nilah pemandangan peminat dunia muzik melayu. Beratur bukan main panjang untuk masuk ke dalam stadium. Tapi puteri tak beratur kt sini tau kengkawan, puteri dengan bangganya dapat lalu kat red carpet. Rasa memang macam tak percaya, puteri dapat lalu kat red carpet ni sebaris gan artis-artis terkenal. Wahhhhhhhhhhh...beshhhhhhhhhhhhhnya...

Time lalu ni Haliza AF tengah sibuk ambik gambar gan wartawan2. Cantikkkkkkkknya dia...

Untuk memberikan kepercayaan kepada kengkawan, puteri snapkan gambar tiket ni. hehehe...

Ni pulak buku AJL yg diletakkan diatas kerusi setiap tetamu. Kandungan buku ni adalah nama senarai artis dan senikata lagu yang dipertandingkan.

Montaj AJL 08

Sukanyer hati puteri sampai tak terkata. Kiri kanan stadium penuh gan peminat-peminat fanatik. Yg seronoknya bila tengok peminat fanatik Faizal Tahir dan Ziana Zain.

Puteri sebenarnya mmglah tak minat kat Faizal Tahir ni. Tapi semalam Faizal Tahir mmg memberikan persembahan yang terbaik dan vokal dia mmg cukup MANTAP. Tegak bulu roma ni bila dengar suara dia. aduhhhhhhhhh sedapnya..

peminat2 faizal tahir siap pasang lighter sambil melambai-lambai tangan bila dia menyanyikan lagu Sampai syurga.

peminat fanatik Ziana Zain

Suara Ziana Zain pon, aduhhhhhhhh sedapnya..Nama pon otaikan. Puteri siap berdirilah tepuk tangan slps ZZ nyanyi.

Peminat fanatik faizal tahir

Kengkawan tau tak, bila time iklan kat tb, kitaorang kat stadium dihiburkan dengan lawak jenaka dari din beramboi dan mr os. Memang sempoi lawak diaorang walaupon lawak diaorang tanpa skrip.

Jeng..jeng..jeng...kolor baju dah sama, cuma potongan je yang tak berapa nk sama..wakaka..

cuba korang pandang bawah, tgk tu karpet merah..saje nk bg korang percaya, sbb smpi laa ni, puteri masih lg tak percaya...huhuhu

Sapa nama pelakon ni yer kengkawan ?? puteri tak taulah nama dia. yang puteri tau dia belakon cite Bella jer. Masa lalu red carpet, puteri sempat tahan pelakon ni je tuk ambik gambar. Bila puteri peluk pinggang dia, alaaahaiiiiiiiiii kociknya... dia siap cakap kt puteri, terima kasih yer kak..wahh santun yer pelakon ni. agaknya puteri sorang jer kot yg nak ambik gambar gan dia. tu yg dia rasa bangga sangat tu..hahaha...

Agak poyo gambar ku ini..


Cam hero hindustan pon ada laki aku ini....(jgn marah pa)

Keputusan AJL pon sume dah tau kan. Juara keseluruhan jatuh kepada Meet Uncle Hussein. Papa bukan main suka bila Meet Uncle Hussein menang. Papa kata nasib tak jatuh kat Raja Superman...Opsss kpd peminat Faizal Tahir, jgn marah ok...be sporting....

Kepada shibam jelita, puteri ucapkan ribuan terima kasih. terima kasih daun keladi, klu ada bagilah lagi..muahhhhhhhhhhhhh....

2 ulasan:

Unknown berkata...

happy nengok puteri bongsu happyyyyyyy. tahun depan sila beratur awal2 ye

PuTeRi BoNgSu berkata...

mcm boleh dpt tiket pree lg jer..leh ar kita gi sama2..