16 Januari 2009

SeLaMaTKaN GAZA

Pada hari Jumaat yang lepas (16.01.09), MFI telah menganjurkan program isu semasa mengenai Palestin dan Gaza dan telah melancarkan tabung kutipan derma untuk Palestin/Gaza peringkat UniKL MFI dengan menjemput wakil AMAN Palestin.

Intro dari salah seorang pensyarah di sini.


Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk keinsafan dan keprihatinan kepada kakitangan dan pelajar untuk menyelamatkan penduduk Islam di GAZA.

Walaupon sibuk dengan kerja-kerja kt opis, aku dan Lin sempat meluangkan masa untuk mendengar ceramah ni. At least, kitaorang dapat bagi support dan atas sikap keprihatinan kami terhadap penduduk Gaza yang setiap hari kena bom.

Wakil Aman Palestin mula menceritakan sejarah mengenai bumi GAZA dan menunjukkan slide tentang kehidupan mereka kt sana.

Bila tayangan slide ni kawan-kawan puteri semua tak nak tengok. tak sanggup kata diaorang. tapi bagi puteri klu tak tengok rugi lak rasanya. Dengan confidentnya puteri tgk, tapi lepas tu.... kena gelak gan kengkawan sebab puteri nangis. hahaha...kesian beb, bukannya nangis buat-buat tapi bila tengok anak-anak yang hampir sebaya gan anak puteri menjadi mangsa dengan manusia-manusia yg kejam ni..


Tengok ar gambar ni...sedih tul lah. kurang ajar betul askar-askar zionis ni.

Dekan menyerahkan cek kepada wakil Aman Palestin.


Tabung untuk kutipan derma juga disediakan.

Puteri juga tak lepaskan peluang membeli sticker kete. Sticker ni akan puteri tampal sebagai sokongan terhadap GAZA.

Semalam papa dah tampal tau kt kete kitaorang. Tapi tak taulah papa tampal secara ikhlas atau tak. sebab papa tanggalkan gam sticker ni kt penjuru-penjuru sticker je. tak tanggalkan gam kesemuanya. mesti takut cat kete rosak ni. ..Tapi apa-apa pon, tahniah kt papa sebab dah sama-sama memberikan sokongan.

BOIKOT BARANGAN ISRAEL....

Semalam puteri g tengok AJL 23 tau kt bukit jalil..tungggguuu blog puteri yer...

Tiada ulasan: