2 Januari 2009

SeLamAT TaHuN BaRu 2009


Assalammualaikummmm.....

Aduhhhhhhhhhh terasa teramat rindu pada blog puteri ni...hmpir 2 minggu puteri x dapat meng"update"kan blog puteri ini kerana sibuk dengan curiculum review workshop, menghabiskan sisa2 cuti & menyebukkan diri dgn kerja2 umah dan melayan kerenah anak2 smbil menyiapkan persiapan2 persekolahan anak puteri.

Rasanya belum terlambat lg puteri untuk mengucapkan Selamat Taun Baru 2009 kpd semua pembaca blog puteri. Syukur pada Tuhan kerana dengan izinNya, kita masih lg dapat bernafas di dunia yg fana ini. Segala onak duri dan pengalaman pahit manis yang telah puteri lalui di tahun 2008 pastinya akan diambil sebagai iktibar dan pengajaran.

Mengenangkan segala kenangan dan perjalanan hidup sepanjang 2008, puteri rasa sayu dan terharu kerana segalanya cukup berharga bagi puteri. Andai dapat puteri undurkan masa, ingin sekali puteri merubah segala kesilapan… namun, mana mungkin segalanya itu akan dapat kembali lagi.

Semoga tahun 2009 akan memberi sinar harapan dan kebahagiaan yang berterusan buat puteri dan pembaca2 blog puteri ini. Ciptalah azam dan tekad untuk terus mengorak langkah dengan lebih gagah dan tabah untuk mencipta kejayaaan yang lebih gemilang. Moga-moga kejayaan dan kecemerlangan dapat kita kecapi bersama-sama. Insyaallah...

Tiada ulasan: