30 Januari 2009

LePaK MaMaK

Pas ambik Afiq gan papa ptg semalam, rasa teringin lak nak minum teh tarik. Maklumlah lepas hujan, klu pekena teh tarik sedap ni..ajak papa gi lepak kt mamak berdepan gan Mydin Putrajaya. Klu ajak papa, papa mesti setuju jer. Afiq lglah setuju sgt2..

Puteri rasa teringin sangat nk minum teh tarik. dah lama tak pekena teh tarik. Teringin bukan bermaksud kena buatan orang yer kawan2..INGAT TU...

Sampai mamak, puteri dan papa hanya order air je. Nk lepas gian jer. Tapi Afiq siap order milo ais gan roti sardin.

Afiq dgn baju sekolah agama terus smpi kedai mamak. Belasah je lah Fiq. Orang lain paham Afiq baru balik sekolah.

Sambil makan ni, Afiq cite kat kitaorang yang dia kena rotan kat tapak tgn dgn ustaz tadi sebab semalam tak pegi sekolah agama. Semalam sekolah kebangsaan mmg cuti sempena CNY, tapi sekolah agama sekolah macam biasa. Afiq pon ambik kesempatan ar tuk cuti. Bukan Afiq seorang jer yg kena pukul, rupa2nya ramai yg kena sbb ramai yg ponteng. Mengamuk sakanlah ustaz tu agaknya.

Puteri gan papa gelakkan jelah Afiq kena rotan. Papa cakap kat Afiq,"haa..rasakan kena rotan. Cakap papa gan mama langsung tak nak degar."

Muka Afiq poyo je bila papa ckp cmtu. Dalam poyo2 tu abis jugaklah roti sardin tu dibelasahnya dan muka tetap maintain bila suruh ambik gambar.

Gambar papa ni pulak, puteri ambik masa papa col adik dia Azri. Puteri cite kt papa yg Azri eksiden kete masa balik kg. Uii papa bila degar jer Azri eksiden, dan2 tu jugak terus col Azri. Sayang laki aku kat laki ko Maya....

Cantik jugak pemandangan kat kedai mamak ni yer. Gambar berlatarbelakang pasaraya Mydin. Klu lah puteri dapat tukarkan pasaraya Mydin tu gan shopping kompleks Pavilion kan ker bagus...wakaka...

29 Januari 2009

NeTBaLL

Jangan tkejut @ tgelak yer kengkawan...ini realiti bukan fantasi...

Jumaat lepas (23.01.09) puteri yang "RELA DALAM PAKSA" telah turun padang tuk main netball gan geng2 opis. Mmg puteri langsung "Fail" tuk main netball ni. Tapi dah kena paksa dengan si Ju dan Exa.

Kenapa puteri kata puteri main "RELA DALAM PAKSA".. inilah sebabnya :-

Puteri siap kena motivasi dengan Ju lagi. Apa tau dia kata :

" hang teruk ar eiz, ko dah bawak baju, kasut tapi last minute hang tak nak main. ko dah ada semangat, tapi bila tiba masa semangat ko down "

haaaaaaa...tulah ayat2 berbisa dr Ju. sampai hati ko kata kt aku cmtu2...

Si Exa pulak memaksa aku dgn kata2 :

" klu kak eiz tak turun petang ni, exa seret akak sampai akak kuar dari bilik opis akak"

aduhhhhhhhhhhhhhh...stress aku sekejap gan perangai korang ni.

Tapi bila dah start main...bestt ooo...siap coach lagi. Baju hijau tulah coach kitaorang. garang tul coach ni. Yg pegang botol tu pulak, assisstant coach merangkap referee. Lg garang tuu..Jgn marahh ar kak huda..hehehe...



Nilah aksi2 kitaorang lepas dah berpeluh sakan. Masing2 dah masam pon masih maintain berposing. Klu ambik gambar, bukan main masing2.

Dalam geng2 netball ni rasanya puterilah paling tembam sekali..i mengaku u...takpe pasni mesti leh kurangkan lg berat badan yang gebu ni..lepas main ni memang dah terasalah berat badan dah turun 5 kg. malas nak cite kt korang jer ....

JoGGing TiMe

Petang Selasa (27.01.09) memang takde plan nk gi mana2. niat hati mmg nak lepak2 kat umah sambil melayan kerenah anak2 & anak buah.

Bila dah petang, terasa boring lak asyik dok umah jer. Papa terus memberi idea tuk bawak budak2 main kat Taman Tasik Cempaka. Ok gak idea papa tu. Idea yg tidak mengeluarkan duit. itu yg paling penting..hahaha...

Amin telah bersedia dgn sport shoes nyer smbil memberikan post yg menarik. Sejak kebelakangan ni, puteri tengok Amin suka ambik gambar. Sbb dia memberikan sokongan moralnya kpd mama yg sedang kemaruk ambik gambar untuk blog.

Nilah anak2 kesayangan puteri. Diaoranglah yg menjadi penghibur duka lara puteri.

Tengok ar Amin tu. Tangan siap masuk dalam poket suar. Bagus ar anak mama...


Papa setia melayan kerenah Amin. Kesian puteri tengok Amin, termengah-mengah dia berjogging. Amin jogging sambil membebel-bebel penat.

Aiman, Farah & Afiq bila dah start jogging mmg dah tak ingatlah kat adik. Tapi antara mereka bertiga, Farahlah yang paling kuat berlari. Memang kat sekolah, anak dara ni aktif bersukan.




Memang seronok aktiviti kitaorang petang tu. Anak2 dah besar senang nak ajak & nak lakukan apa2 aktiviti.

Setelah habis satu taman kitaorang berjogging, papa upah Amin makan aiskrim pulak. Rupanya-rupanya masa kitaorang sibuk berjogging, papa dah janji gan Amin untuk upah beli aiskrim klu Amin dapat habiskan satu round kat taman tu. Amin dah mintak papa dukung. Aduhhhhhhhh papa nak dukung Amin, papa pun dah tak larat. Tu yg papa janji upah aiskrim tu.

Camne nak kurus ni. Lemak2 baru nak terbakar dah makan aiskrim...takpe2..anggaplah aiskrim sebagai pembasah tekak yer (nk sedapkan hati sebenarnya)..


28 Januari 2009

Birthday Papa -Part 2

Seperti yang dijanjikan, sebelah malam atok belanja makan bagi meraikan birthday papa. Kali ni atok belanja makan kat Cozy Corner di Ampang Park.

Tapi kali ni, puteri terasa ralat sikit sebab kali ni birthday papa takde cake. Ingat nak beli kat Ampang Park, tapi rupa-rupanya kt sini takde kedai kek. Sorry banyak2 yer papa..takpelah lagipon umur papa dah byk...tak yah kek pon takpe kot. wakaka..

Birthday boy ambik gambar..boy ker...(mcm control macho jer brother)


Klu sampai kat restoran ni, seperti biasa cucu2 atok mesti order steak. Yum..yum..


Haaaaa...ambik ko..sampai sengit2 mulut Aiman menjamu selera.





Walaupon birthday papa kali ni disambut secara sederhana sahaja, tapi bagi puteri ia cukup menggembirakan dan disambut dengan begitu meriah sekali dengan adanya atok dan opah.

Terima kasih byk2 yer tok....ada rezeki belanja kami lg yer..huhuhu...

Birthday Papa -Part 1

Pada 24.01.09 adalah birthday papa yang ke 3?.

Puteri ucapkan Happy Birthday dan semoga kasih sayang kita akan terus tersemai rapi dan dimurahkan rezeki hendaknya. Insyaallah. Ewahhhhhhh ayat bunga2lah pulak..


Puteri hanya hadiahkan papa sepasang kasut Adidas dan 2 helai baju kemeja. Ini sajalah yg dapat puteri hadiahkan untuk papa.

Kasut tu papa sendiri yang pilih. sebab klu nak beli tanpa papa, puteri tak tau pulak saiz kaki papa. Lupa lak nak tanya. klu tanya last minute mesti papa boleh agak. So terpaksalah bawak tuan punya badan. Tak surpiselahkan. Tapi nak buat cmno.

Kebetulan birthday papa jatuh hari cuti. Puteri pon ajaklah anak2 gi celebrate. Kitaorang hanya celebrate kt Mid Villey sambil menghabiskan masa dengan menonton wayang.


Coming soon di pawagam. Cite Upin & Ipin.

Amin bila nampak jer banner Upin & Ipin sibuk suruh ambik gambar dia. Amin terus ajak kitaorang tgk cite ni. Puteri explainlah kat Amin yg cite ni belum start lg. bulan depan baru ada. Amin terus ckp kt puteri, "ma, anti(nanti) Upin Ipin start, kita egok (tgk) wayang tau."

Untuk Exa, ko mmg sukakan kat Upin & Ipin ni. Nanti leh joint anak akak gi tgk wayang yer. hahaha..

Amin meniru aksi "bonzer" yg melarang ambik gambar @ video semasa cite ditayangkan.


Papa suruh anak2 dia beratur beli tiket. Papa mengambil kesempatan kat anak2 sebab malas nak beratur panjang..cehhhhhhh...


Cite nilah yang kitaorang tengok. Cite InkHeart.

Mmg best cite ni. Tak boring langsung. Kepada sesiapa yg belum tengok, puteri suggestkan tengok cite ni yer.Puteri bg 4/5 bintang ok..

Mula2 kitaorang nk tgk cite underworld 3, tapi budak2 tak leh masuk. Kena 18 taun keatas. Mungkin cite tu ganas kot.







Habis tengok wayang, kitaorang gi window shopping pulak. Klu dah bawak semuanya bernama lelaki, dah tentulah budak2 ni akan masuk ke kedai sukan. Puteri mmg dah perasan, klu gi mn2, jumpa jer kedai sukan mesti nk masuk. bukan nk beli pon, dapat tengok pon jadilah. aduhhhhhhhhh..tak minat langsunglah. tapi nk buat cmne. puteri sorang je ppuan, nak tak nak kena layannnnnnnn...

Lepas penat window shopping, kitaorang bergegas balik ke rumah pulak. Sebab atok dah janji nak belanja makan malam sempena birthday papa. Atok siap sound, "make sure korang balik dlm pukul 6 ptg kalau nk pegi makan malam." alamakkkkk 1 amaran tu...hahaha...

Wahhhhhhhhhhh...mana aci, atok nak belanja menantu.....

Tunggguuuuuuuu sambungan nyer ok...

23 Januari 2009

TaHLiL

Semalam jabatan puteri telah mengadakan majlis tahlil untuk seorang pelajar dari Diploma Automotive Maintenance Technology iaitu arwah Mohd Zaliff Zainal yg telah meninggal dunia pada bulan Disember taun lepas kerana demam panas.

Alhamdulillah, sebahagian pelajar2 dan semua pensyarah2 di jabatan puteri semua turut serta dalam majlis ini.

Majlis ini telah dirasmikan oleh ketua jabatan.

Puteri tak perasan sangat pada arwah ni. Sebab arwah dah masuk semester 6 untuk semester Januari ni. Tapi bila puteri risik2 pd kengkawan arwah, arwah hanya mengidap demam panas dan telah meninggal dunia diatas sofa. Abg kepada arwah menyangka adiknya sedang berehat tetapi rupa2nya arwah telah mengadap Ilahi. Lebih menyedihkan, kedua ibubapa arwah sedang berada di tanah suci Mekah.

Ustaz dari wakil TF department dijemput hadir untuk membaca doa dan bacaan yassin.

Selepas majlis selesai, kami semua dijamu dengan jamuan ringan yang telah disediakan sendiri oleh pelajar2 Diploma Automotive Maintenance Technology. Time lunch semalam puteri kuar sekejap ke Warta untuk beli limau sebagai tambahan makanan dan pencuci mulut. Jgn ingat diorang hanya tau pasal keta je tau, pasal order mengorder pon boleh diharaplah budak2 ni.

Puteri hanya tolong hias2kan meja dan tolong makan jer....


Sebahagian lecturer2 di jabatan puteri.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah Subhanahutaa'la.

AL-FATIHAH...

21 Januari 2009

MunGKinKaH BERULANG ??

Hai Kengkawan,

Tengoklah gambar2 puteri ni masa puteri anak sorang. langsing tak kengkawan...

Aduhhhhhhhhhh jauhnya beza badan puteri dulu dan sekarang...sapa nak disalahkan ni, aku yang salah atau papa yang salah buat aku sebegini ??? ...

Time puteri kurus dulu, puteri suka ambik gambar sorang2 @ ambik gambar penuh untuk satu badan. Tapi klu sekarang...jgn haraplah puteri nak ambik gambar cmni..eeeeeeeeeeeee tak suka betul, rasa penuh satu badan kt dalam gambar.

Gambar ni masa puteri gi celebrate anniversary kat Langkawi. Umur Afiq masa tu 4 taun.

Dulu puteri suka sangat pakai baju coklat tu, baju ni memang ikut cutting badan. Tapi klulah sekarang puteri pakai, tak taulah jadi rupa apa kat badan puteri ni. mesti kena gelak kaw-kaw dengan papa.


Ni pulak, masa puteri gi bercuti kat Port Dickson dengan sepupu-sepupu. Time ni puteri bela rambut perang. dasyat zaman mudo2 dulu. tak nak ketinggalan trend...tgk tu rambut depan siap terpacak-pacak lg...

Yang budak pakai baju merah tu ialah Farah. Farah masa kecik2. Kecik molek je Farah masa ni. Tapi cuma tgk dia sekarangggggggg...


Kat sini puteri bagitau rahsia puteri kat kengkawan sume...

Dulu puteri pakai tudung main-main tau. tak serius...gi keje memang pakai tudung, tapi klu kuar gi jalan2 ikut sukahati puteri je nk pakai tudung ke idok. Ikut dan..klu kuar tak pakai tudung, bila jumpa orang kenal mulalah terkepot-kepot(malu sendiri) @ pon g menyerok kt mn2 jgn bg orang tu nampak.

Tapi sekarang....dah alim sikitlah. dah kembali ke jalan yang benar... insyaallah...


Gambar ni pulak puteri gi bercuti kat Cameron Highland. Suar jeans tu masih ada dalam simpanan puteri lagi. Agaknya klu sekarang puteri nak pakai suar ni, mesti masuk takat peha jer. klu takat peha tu dah cukup bagus dah tapi klu takat lutut je cmne..huhuhu...

Untuk pengetahuan korang baju-baju puteri ni sume, puteri dah passkan kat Farah. Nak bg kat orang lain sayang, bagilah kat Farah tuk buat pakai2 kat umah.

Mungkinkah berulang langsingku ini...

rasanya tiap2 taun berazam nak kecikkan badan. kecikkan badan yer, bukan nk kurus. maksud yg berbeza tu..sbb dah tau, mmg susah nk KURUSSSS...