Semalam puteri ambik cuti sempena menghantar Aiman ke sekolah MRSM Kuala Klawang. Perjalanan hanya selama 1 1/2 jam dr Bangi. Nasib Aiman baik dpt sekolah tak jauh. Senanglah kitaorang nak datang melawat nanti.
On the way ke Kuala Klawang, Aiman dah siap pesan kat Along puteri untuk datang menziarah dia kat sekolah Ahad ni. Tergelak kitaorang kat Aiman, belum apa2 lg dah pesan. Mesti hati Aiman time ni dah belah bagi nk tinggalkan mama dia. Tu baru perasaan Aiman, belum perasaan mak dia...hehehe..
Kitaorang sampai dalam pukul 9pg. Parking kete dah mula penuh. Polis trafik siap jaga lalu lintas time ni.
Bila masuk jer ke kwasan sekolah ni, terasa seronok sgt. Tambahan student2 sekolah itu sendiri yg sambut kitaorang. Penyambut tetamu & sesi pendaftaran semua student2 yg uruskan. Cikgu2 hanya menguruskan bhgian pbayaran & bhgian kaunter asrama shj.
Ni adalah kad pelajar sementara. Kad pelajar ni siap tertulis nama, no pelajar, guru kelas, nama kelas dan no bilik hostel.
Selepas pendaftaran kitaorang terus menuju ke hostel.
Kt pintu masuk hostel siap dipasang banner untuk menyambut pelajar2 baru. Amin shj yg mberi sokongan moral thadap puteri utk ambik gmbr kat banner ni. Harapkan Afiq, langsung tak nk dilayannyer khendak mamanya yg mabuk memblogkan diri.
Nilah dia blok hostel lelaki. Aiman dpt tingkat atas skali. muak ar nk angkat barang. Itupon nsb student2 yg tolong.
Klu student perempuan sgtlah beruntung. Student perempuan dpt blok hostel baru. Hostel tu baru siap taun lepas. Beshnyer...
Nilah bilik Aiman. 1 bilik 4 org. Aiman dapat geng sebilik sumenya berasal dr Kajang. Hanya sorang jer dr Gombak.
Klu kengkawan nk tau, geng2 sebilik Aiman ni sumenya blh dikatakan anak2 manja. Aiman anak tunggal, sorang tu anak sulung, sorang anak bongsu.Haaa...ambik ko, klu korang rs rindu kt mak ayah, korang bantailah menangis sm2 yer..hahaha..
Along dan puteri sibuk mengemas kain baju tuk Aiman. Kitaorang siap mop bilik ni.
Semua peralatan hostel boleh dikatakan lengkaplah..cuma dobi yg disediakan hnya utk basuh shj. student kena ampai bj dan seterika bj sendiri. Boleh ker ekk Aiman buat....risau gak puteri kt anak bujang ni. Tapi tulah kan, apa2 pon Aiman kn belajar berdikari..