3 Disember 2012

Salam TAKZIAH

Salam,

Semalam Ahad (02.12.12) saya dikejutkan dgn berita yg sgt sedih. Baca FB kwn opis yg mengatakan 3 org pelajar kami yg maut kemalangan jln raya dan seorg koma. Kemalangan berlaku di Sungai Pelek.Sgt terkejut dan sgt sedih bila teringatkan pelajar2 ini baru abis final year exam pada ari Sabtu (01.12.12). Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar semester 3.


Liputan drp surat khabar harian metro arini.

Ini pula merupakan email daripada program koordinator kepada semua staff :-

Subject: kemalangan melibatkan kematian 3 pelajar MBMT sem 3 dan 1 pelajar MBMT sem 3 dimasukkan wad

As salam dan selamat pagi,

Saya mewakili PC MBMT dan Mentor MBMT sem 3 En Mohd Hanif ingin memaklumkan pada 2.12.12, pada pukul 4.30 pagi pelajar MBMT sem 3 telah mengalami kemalangan dimana melibatkan kematian dan kecederaan . Berikut adalah nama – nama pelajar yang telah meninggal dunia :

1.       Muhammad Hilman Shafiq Bin Kamaruzzaman  - dikebumikan di Lancang, Pahang.
2.       Ahmad Fikri Mohd Salihudin  - dikebumikan di Muar, Johor.
3.       Muhammad Izuanuddin Mohd Ashari – dikebumikan  di Muar,  Johor.

Seorang pelajar dimasukkan ke wad hospital serdang :

1.       Faizzullah Abd Malik – Wad 7E katil 17

Urusan penyerahan jenazah telah selesai pada 1.30 pm  , 2.12.12.En Mohd Hanip sebagai mentor mewakili jabatan dan UniKL mengiringi dua jenazah yang dikebumikan di Muar.  Kehadiran DD Dr mohamad , Prof Wan Mansor, En Draman , Puan Suhana dan pegawai HEM yang sedikit sebanyak menenangkan keluarga mangsa diatas kejadian yang sangat sedih ini. Mohon maaf kepada staf MM yang lain sekiranya tidak mendapat berita ni semalam kerana didalam menguruskan urusan penyerahan jenazah , terlepas pandang menghubungi teman – teman sekalian.

Takziah dan al-fatihah , semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang – oang yang beriman . Amin

Terimakasih.

AL-FATIHAH DRP PUTERI BONGSU SEKELUARGA....


Tiada ulasan: