23 Jun 2009

KeLeBiHaN BuLaN ReJaB

Salam to all,

Ari ni topik kita ke arah agama pulaklah yer. Asyik cite yg happy2 jer sesekali kita perlulah menginsafkan diri & ingat mengingatikan sesama kita.

Esok ari Rabu tanggal 24.06.09 kita akan memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Meh kita semak apa ada disebalik bulan Rejab ni.

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah
muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan
umatku.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah,kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaannya bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab.

Kelebihan di bulan Rejab

1. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

2. Puasa 2 hari dilipat gandakan pahalanya.

3. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yg menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

4.Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

5. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

6. Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.


7. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

8. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

9. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

10. Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

11. Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah didlm syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

12. Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

13. Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

14. Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.

* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.

* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

15. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa org-org yg meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

16. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

17. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

18. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

19. Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

20. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya.Jika disertai dengan sedekah seperti puasa 1000 tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

21. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

22. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya
daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Semoga kita bersama-sama mendapat fadhilat di bulan yang mulia ini. Insyaallah..

Tiada ulasan: