23 Januari 2009

TaHLiL

Semalam jabatan puteri telah mengadakan majlis tahlil untuk seorang pelajar dari Diploma Automotive Maintenance Technology iaitu arwah Mohd Zaliff Zainal yg telah meninggal dunia pada bulan Disember taun lepas kerana demam panas.

Alhamdulillah, sebahagian pelajar2 dan semua pensyarah2 di jabatan puteri semua turut serta dalam majlis ini.

Majlis ini telah dirasmikan oleh ketua jabatan.

Puteri tak perasan sangat pada arwah ni. Sebab arwah dah masuk semester 6 untuk semester Januari ni. Tapi bila puteri risik2 pd kengkawan arwah, arwah hanya mengidap demam panas dan telah meninggal dunia diatas sofa. Abg kepada arwah menyangka adiknya sedang berehat tetapi rupa2nya arwah telah mengadap Ilahi. Lebih menyedihkan, kedua ibubapa arwah sedang berada di tanah suci Mekah.

Ustaz dari wakil TF department dijemput hadir untuk membaca doa dan bacaan yassin.

Selepas majlis selesai, kami semua dijamu dengan jamuan ringan yang telah disediakan sendiri oleh pelajar2 Diploma Automotive Maintenance Technology. Time lunch semalam puteri kuar sekejap ke Warta untuk beli limau sebagai tambahan makanan dan pencuci mulut. Jgn ingat diorang hanya tau pasal keta je tau, pasal order mengorder pon boleh diharaplah budak2 ni.

Puteri hanya tolong hias2kan meja dan tolong makan jer....


Sebahagian lecturer2 di jabatan puteri.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah Subhanahutaa'la.

AL-FATIHAH...

Tiada ulasan: