7 Januari 2009

KeNanGaN 2008 - Port Dickson 1

Pada 29 - 31.12.08, Puteri mengikut department ke Port Dickson pula kerana terlibat dengan Curiculum Review Workshop disana. Di PD, kami tinggal di Le Paris Hotel. Konon-konon kt Parislah. Dulu hotel ni dikenali sebagai Costa Rica. Kali ni kami anak beranak je yang pergi. Ahli keluarga yang lain termasuk anak2 buah sume sombong tak nak ikut. Cehh mentang-mentanglah dekat.

Le Paris Hotel,PD

Bilik ke dua

Bilik Utama

Kat Le Paris ni, puteri booking apartment tuk semua staff. Besarlah sikit dari bilik hotel. Apartment ni memang besar. Boleh main kejar-kejarlah kat dalam bilik.

Sampai dalam pukul 2.30 ptg, tapi bilik apartment tak siap lagi. Nak kena diaorang ni, sebab pensyarah2 ada sebahagian yang dah sampai. Kunci bilik dibagi secara peringkat2 mengikut bilik mana yg dah kemas dulu. Yang mana lambat sampai tu kena tunggu sampai kul 5ptg, baru dapat bilik. Bawak byk bersabar yer Encik2 sume...

Pukul 3.25 pm, puteri terpaksa tinggalkan papa dan anak2 kt dalam bilik kerana review workshop akan start pada pukul 3.30 petang.

Setelah workshop ini dirasmikan oleh Ketua Jabatan, maka jari jemariku ini mulalah menari-nari mencatit minute meeting. Jangan ingat nak enjoy2 jer yer puan puteri..huhuhu..

Perbincangan dan pembentangan course outline pon dimulakan. Masa perbincangan ni, puteri relaks sikitlah sbb tak leh nk joint, bukan bidang den. Dalam erti kata lain tak paham sangatlah.. hahaha..Workshop ditamatkan pada pukul 6 ptg dan akan disambung semula pd pukul 9.00 mlm ni.

Habis workshop tiba masa lak melayan kerenah anak2 mandi pool. Masa puteri turun ke pool, papa dah start layan anak2 mandi.

Tak cukup dengan pool, masuk apartment sambung pulak dlm bath tab. Suka hati korang lah selagi korang tak kecut atas bawah..

1 ulasan:

danishahumaira berkata...

waa jalan sokmo ye amin n afiq beruntung la tiap2 tahun dapat mandi pool