Kt pasar Seksyen 3 ni, mr papa ske sgt dgn kuih lompat tikam.Klu dah mr papa ske, secara automatiknya isterinya ini pon sama2lah mesti ske..*kata sehati sejiwa*..sbelum-sebelum ni pon rasanya kami x pernah pon makan makanan ni. korang biasa makan tak?? ke aku laki bini yg ketinggalan zaman..huhu..Bila google rupa-rupanya lompat tikam ni makanan org Kelantan rupanya.
Jom kita tgk camne rupanya lompat tikam ni..
Inilah rupanya lompat tikam. Itu bkn tgn saya yer..
Kuih ni mcm tepung pelita gak tapi dimakan bersama kuah gula merah. Memang sesuai sgtlah dimakan dibulan pose ni. Sejukkan sekejap dlm peti ais dan mamam. sejukkkk je masuk ke tekak saya ni..nyamannnnnnnnn rasanya...
Oh yer...sesapa yg dah terliur dan nk mencuba kuih ni sila ke gerai kakak ni. Kakak ni menjual ns tomato, lompat tikam, tau fo fa dan air tauhu. Nasi tomato pon sedap!!! Harga lompat tikam ialah RM 2.00 sahaja. Manakala nasi tomato pula ialah RM5.00. Saya mmg pujilah masakkan kakak ni. Dia menjual bsama-sama suaminya. Tu trade mark tuk korang mencarilah. Oh yer lg sekali....tau fo fa pon SEDAP!!!!
Saya dah pon mengoggle resepi lompat tikam ni. Bila nk buat tak pasti lg..hahaha.. sbb bila nak gi membeli bahan-bahannya tapi dihalang oleh mr papa. Mr papa kata xyahlah susah-susahkan diri. Beli je bknnya mahal pon...Aduhhhhh saya rasa time tu suami saya mmg cintakan saya sungguh-sungguh!!!sbb dia tak nak saya penat dibulan yg mulia ini!!!!
KPD KORANG-KORANG :
SELAMAT MENCUBA GI BELI KT PASAR RAMADHAN TUK KORANG RASA KEENAKKANNYA......