17 Jun 2010

AnTaRa TaNDa-TaNDaNya

Tuk peringatan diri sendiri..

Tanda-Tanda Nak Bersalin :-

Biasanya ada 3 tanda utama yang menunjukkan seseorang itu telah hampir masa untuk melahirkan anak, iaitu:
  1. Lumrahnya, apabila berlaku pengeluaran lendir yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran ini menunjukkan bahawa ruang serviks anda telah mula membuka dan menyebabkan cecair lendir bercampur darah tadi keluar.
  2. Apabila air ketuban mula pecah dalam proses pengecutan rahim yang menyebabkan pemecahan karung bayi. Air ketuban ini berbau hanyir dan tidak bewarna. Tidak seperti air kencing yang bewarna kuning dan berbau hancing. Pastikan pada masa ini anda telah sampai di pusat bersalin yang telah dipilih, jika tidak segera dapatkan bantuan untuk ke hospital.
  3. Apabila anda mula berasa sakit di bahagian perut dan belakang seumpama sakit tatkala senggugut, tapi yang ini lebih sakit dari senggugut. Sakit ini datang sekali sekala yang biasanya selang sejam, kemudian makin kerap sehingga selang 15 minit dan seterusnya setiap 5 minit dan rasa sakit makin kuat. Setiap kali rasa sakit itu datang, ia akan berlarutan sehingga 15 ke 30 saat.

Jadi, apabila anda mengalami tanda tanda di atas, maka bersiaplah untuk ke hospital dengan segera. Bagaimanapun jangan panik, kerana itu hanya tanda tanda, proses bersalin biasanya akan mengambil masa yang lebih lama lagi. Jika anda ingin bersalin buat kali pertama, biasanya untuk menunggu bukaan serviks dari 3 hingga 10 cm mengambil masa sehingga 8 jam. Ada yang sehingga 10 jam.

Aduhhhh kecut lak rasanya. tinggal +- 31 ari je tuk puteri tempuh saat2 ini.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya..

8 ulasan:

Ibuhani berkata...

aduiiii! Gempak tajuk kau kali ni.....make sure beg brg2 anak dah ada dlm keta ekk...... :)

PuTeRi BoNgSu berkata...

ibuhani ttipu akhirnya..wakaka..

tulah kak.saya x packing apa2 pon lg.nk tggu weekend ni baru nk buat..

danishahumaira berkata...

KO BIKIN PANAS LA PETANG2 YG SEJUK CAMNI

PuTeRi BoNgSu berkata...

ko jgk TERPEDAYA akhirnya..wakaka..aku ske...

aku boring thp gaban ni..ahaks

Yan berkata...

rase macam dah ade tanda2 yg ketiga tu kat yan...
tp sesekali la.. bukan selang sejam... risau plak takut terberanak awal

PuTeRi BoNgSu berkata...

hai yan..

ye kew.yan bila due??
puteri doakan semoga sumenya selamat & dipermudahkan segalanya.insyaallah..

PuTeRi BoNgSu berkata...

hai yan..

ye kew.yan bila due??
puteri doakan semoga sumenya selamat & dipermudahkan segalanya.insyaallah..

tagskie berkata...

hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/