19 Disember 2008

PENGUMUMAN...

Blog Puteri tidak dapat di update sehingga taun hadapan kerana pada 22 - 24.12.08 puteri akan ke Lumut, Perak dan pada 29 - 31.12.08 pula akan ke Port Dickson kerana mengikut ketua jabatan dan lecturer2 dept puteri untuk membuat Curiculum Review Workshop disana. Puteri akan bekerja sambil bercuti semasa disana nanti. Anak2 pon puteri bawak sekali. Seperti taun-taun lepas, workshop ini masa agak "pack" sedikit. Hanya waktu ptg dan waktu makan sahaja dapat meluangkan masa bersama gan keluarga. Apa lg, papalah kena ambik bahagian tuk layan kerenah anak2 mandi pool.

Klu dpt joint curiculum review ni mmglah syok, tapi bila balik opis padanlah gan muka aku...minute meeting belambak-lambak nk kena buat dan dgn nk compilekan balik kertas kerja tuk subject2 presentation yg diajar oleh lecturer2 ke dlm file. Pastu pulak 04.01.09 kemasukan pelajar baru tuk intake January 09. Nk kena "deal" pulak dgn pelajar baru...aduhhhhhhhhh mmglah padan muka aku sgt2....

Tunggu yer geng2 sume, balik nanti puteri akan citakan aktiviti2 disana dan gmbar2 panasss. Tunggguuuu..Jumpa nanti pd taun hadapan. Selamat Datang Tahun 2009...(advancenya akuuuu dah siap wish dah)...

18 Disember 2008

AmaLaN-AmaLaN TBaiK DlM HiDuP

Bila baca e-mail dr kak Aida ptg semalam, rasa berminat & tertarik untuk menyimpan artikel ini kedalam blog Puteri. Semoga ia dapat ingat-mengingati sesama kita. Insyaallah..

  1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
  2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
  4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
  7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
  9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
  10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
  11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
  12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
  13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
  14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
  15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
  16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
  17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
  18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
  19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
  20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
  21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
  22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
  24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
  25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
  26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari
  27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
  28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
  29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
  30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
  31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
  32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
  33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
  34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari
  36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
  37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
  38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
  39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
  40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
  41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
  42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
  43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
  44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
  45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
  46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
  47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
  48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
  49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
  50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

SoLaT

Smlm selepas berkumandangnyer azan magrib, puteri suruh anak sulung puteri Afiq tunaikan solat magribnya. tapi seperti biasalah klu x dipegangkan hanger dan puteri x jadi tarzan, Afiq x akan bergerak dr depan tb. Tapi si kecik ni jugaklah yg bagus, xyah nk paksa2 dia solat, dgn sendirinya akan ambik sejadah keciknya tuk menunaikan solat tanpa air sembahyang. Bagus tul anak puteri sorang ni, walaupon dia masih x wajib lg tuk solat, dia dah tau tanggungjwb dia..alhamdulillah...semoga smpai ke besar ia Amin...Insyaallah...

Tengoklah tu, kt belakang Amin masih bertepek bedak. Baru lps mandi. Tuk pengetahuan kawan-kawan, Amin ni x suka pakai baju kt umah. Kadang-kadang pakai suar pendek pon dia solat gak.

Yg mahal tu solat Amin mmg lengkap siap dengan tahayat akhir walaupon dlm berkeadaan seksi. Tengoklah t#t#k dia tu..rasa nk picit jer..


Akhirnya selesailah solat magrib Amin..Amin tgh mendoakan kesejahteraan dirinya, kedua ibubapanya dan tuk kesihatan atok & opah...Semoga dimakmulkan Allah...Insyaallah..

17 Disember 2008

DeGaR MP3

Amin bangun tido jer cari hp akak gan ear phon. Akak perhatikan jer apa yg dia cari atas meja make-up. Bila dah jumpa, dgn muka x bersalah terus turun bwh dok depan tb. Rupa-rupanya nk degar MP3.. Tgk ar tu,mama snap gmba dia pon, dia x perasan. Lekanya...Klu yer pon bwk-bwklah mandi anak oii..


Amin dah kena penyakit abangnya Afiq yg kmn2 ke hulu ke hilir gan ear phone dia. Tu yg sekecik ni dah terikut tu..Amin mn leh tgk apa yg abg dia buat, dia mesti nk ikut. Kadang2 smpai nangis2 nk hp abg dia. kenalah pujuk bg tel akak tu..

BaLik BanGi

O T Way balik Bangi, Along akak bwk g jln-jln kt Pekan Kuala Kangsar. Along bawak g mkn laksa & cendol, dan jln2 kt gerai-gerai menjual kraftangan.


Kami bertolak dr Kuala Kangsar kul 6pm dan sampai kt umah kul 9.30pm. Jalan agak jem dan hujan lebat sepanjang perjalanan.

ManDi SunGai Lg

Nilah gelagat Amin bila mandi sungai. Mula-mula takut, mandi kt tepi-tepi je. Bila enjin dia dah panas, kemain lg..bila ajak balik, dia lak yg lebih-lebih, nangis-nangis x nk balik..




Amin keletihan pas mndi sg

Lepas mandi sungai, Amin ckp apa tau kt papa dia, "amin x nak lik shuk, min nk do sini agi. andi ungai besh.."Amboiiii..kemain lg...

ManDi SunGai

Cite akak kt Kuala Kangsar x abis lg sbenarnya.masih ada lg smbungannya..maklumlah bukan asyik nk mem"blog"kan diri jer kt opis nikan.kang kena warning letter cmne....tak sanggup akak..hehehe...


Byk-byk gmbo, gmbo ni lah yg paling syok skali. Mn leh jumpa kt KL cmni. Ni sume anak-anak buah yg nk g mandi kt sungai. Siap naik lori tuuu. Budak-budak bukannya kisah nk naik apa pon, janji dpt ikut. Kitaorg g mandi sungai dgn 2 biji kete gan lori ni. Sungai belakang umah pon ada sebenarnya, tapi diorang kata mandi kt atas bukit tu lg syok. Kt Ulu Konsor namanya. Tapi minta maaplah klu tsalah bg nama yer. Cmne akak degar, cmtulah akak tulis.huhuhu...

Buat ptama kalinya dlm idup akak, dapat tgk pokok buluh dr dekat. Kesiannya akuuuuu...Ginilah upanyer pokok buluh yer puan-puan...ya allah mcm JAKUN aku dibuatnya lalu kt tepi sungai ni...


Tibalah masa yg ditunggu oleh budak-budak ni. Sampai hajat anak-anak akak nk mandi sungai kt kg..

15 Disember 2008

BunGa Api

Selesai acara bukak hadiah, pengantin diraikan dgn bunga api & mercun. Meriah sungguhlah kenduri kt sini. Tak sia-sia dtg jauh-jauh. Memangggg Berbaloi...


Nama mercun ni akak x tau namanye. Tapi mercun ni selalu digunakan time raya cina. Fuhhh pekak tinga skejap. Kalah mercun KLCC.
Degar cite, dema dpt mercun-mercun ni dr pegawai kastam yg merampas mercun-mercun ni masa operasi. Pegawai ni lah yg kasi tuk majlis ni(para pmbaca blog puteri,jgn buat aduan lak yer). Teman tukang buat laporan tuk blog teman jer...huhuhu..dok 3 ari seronok dgr org perak bercakap.



Apa yg amin bakar pokok kelapa tu min oiii..

Seronok tul budak2..akak tgk dah mcm malam raya pon ada...huhuhu

Tibalah masa pengantin membuka hadiah.Banyak gak Acu dpt hadiah dr kawan-kawan & sedara mara.
Nilah dia hadiah yg Puteri bg tuk Acu. Kak Eiz bg Acu ni bukan apa tuk senang Acu gak, klu pg2 nk g keje tu klu x sempat nk buat goreng2, leh guna toester ni tuk bakar apa2 yg patut..jgn acu letak jari Azman dlm tu udah ler..hehehe...


Sibuk tul anak-anak akak ni tgk org bukak hadiah. Nk hadiah tunggu birthday korang yer...huhuhu

BaBy QisTiNa

Habislah aku...papa skrg ni puteri tgk tak leh lah tgk baby pompuan.Pantang ada yg bkenan papa mesti dukung dan layan budak tu smpai papa muak. Baby ni nama dia Qistina. Tapi panggil MERAH. Merah adalah anak buah abg ipar puteri. Digelar MERAH kerana dr lahir lg rambut dah original kuar kolor merah.smpilah besar la ni, rambut maintain merah lagi...


MERAH muka mmg maintain dengan dahinya yg jendul. langsung x nk senyum.korang buat apa-apa pon dia tetap gan mukanya yg POYO...susah tul nk senyum..xpe MERAH, kekalkan hingga kebesar yer, biar susah sikit boypriend nk mengurat..

WeDDing Acu

Hr yg ditunggu-tunggu pon tiba. Tema pengantin adalah oren. Habis sanak saudara sume pakai baju colour oren. Toleh kiri oren, toleh kanan pon oren. Dah macam time Zahid AF lah pulak akak tgk..hahaha..


Aiman gan sepupu2nya


Kami laki bini pon x nk ketinggalan mengikut tema oren. Nasib anak-anak xde bj oren. Tu pon puteri sibuk nk cari t-shirt kolor oren tuk anak-anak sebelum kenduri ni. Tapi ditentang hebat oleh papa.hehehe..

Time Acu tengah berarak ni, Amin(anak bongsu puteri) tanya kt papa dia apa tau..

Amin : Pa, berapa kali acu tu nk awin.smlm kan dah awin. Tak puas-puas ke acu tu nk awin..
Papa : Semalam tu lain, ari ni lain. Acu kawin 2 hari.

Dgn nk tgelak papa explain kan apa yg patut kt Amin. Agaknya smlm dia tgk time nikah, ari ni sanding lak.Jadi confius kepala otak Amin dibuatnya.

Aiman time kenduri lak begitu sibuk @ saja myebukkan diri ker, akak pon x taulah. Dia kehulur kehilir gan kamera sibuk mengambil gmbar pengantin. Panggil pon buat x tau jer, punyalah sibuk ko Man...

PenGinaPaN

Keluarga Abg Long siap sewakan puteri sebuah rumah di kwsan RISDA . Maklumlah tetamu VVIP.hehehe...Sebenarnya rumah ni disediakan oleh RISDA untuk staff yg dtg tuk training. Kebetulan time kitaorg dtg xde staff yg training, maka dapatlah diaorg sewakan tuk akak.




TiMe NiKaH

Tepat pd pukul 11mlm,Acu telah selamat dinikahkan dengan 2 kali lafaz akad nikah. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Acu tersayang. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Insyaallah...

Sebahagian drp hantaran dr pihak perempuan


Bilik Pengantin


Acu menunggu penuh debar



Pengantin lelaki menunggu penuh debar utk dinikahkan

Satu bab dah selesai, tinggal tunggu esok pulak tuk acara persandingan.

KuaLa KanGSaR

Pd ari Jumaat - Ahad lps Puteri,suami & anak2 berangkat ke Kuala Kangsar krn menghadiri majlis kenduri kahwin Acu. Bonda & Ayahanda Puteri tak dapat ikut ke Perak kerana ayahanda kurang sihat. Acu ialah adik bongsu abg ipar aku yer kwn-kwn..
Puteri bortolak dr Bangi pd pukul 6.00 ptg dan tiba di Kuala Kangsar pd pukul 8.30 mlm. 2 jam 1/2 masa perjalanan.Cepat gak smpai tapi mn taknya tak boleh tido akak dbuatnya dlm kete papa asyik nk pecut smpi meter mencecah 140-150km dibawaknya. Bila akak bising barulah papa slow sikit...apa tau alasan papa bwk laju, katanya takut x sempat nk tengok Acu nikah...Cehhhh x kukuh tul alasan papa, mcmlah papa yg jadi tok kadi...


Hadiah Untuk Acu




Terowong Kuala Kangsar


Afiq dlm kete leka gan ear-phone

12 Disember 2008

MaiN BeRanaK-BeRaNak..

Ni lah aktiviti anak-anak time cuti sekolah ni. Puteri gelarkan permainan ni permainan beranak-beranak. Biasalah budak pompuan x lepas klu tak main mainan ni. Macam akak lah zaman kanak-kanak dulu.hehehehe..Si Amin pon sebuk sama joint kakak Fara main. Kebetulan si Lisa anak kakak sepupu tido umah. tulah main bukan-bukan tu..

Habis bakul baju dan selimut opah dikerjakan

Amin menyusukan teddy bear

Sudah-sudahlah tu kakak Farah..taun depan dah Form1, masih main lg benda ni... Bawak-bawaklah berubah kak oii...

10 Disember 2008

InterVieW StuDenT For JaN InTaKe

Khamis lepas (04.12.08) puteri telah dilantik oleh Ketua Jabatan utk menjadi salah seorang dr panel interview untuk student intake Januari 09 ni tuk department puteri. Bila tau kena lantik jadi panel, balik umah sebuk mentelaah mcari soalan-soalan tuk diajukan kpd student-student nanti.siap buat homework tu...huhuhu...

Panel Interview dr kiri en azril, en zaki & en faizal

Nilah sebahagian lecturer2 dept puteri..

Cukup seronok pengalaman baru jadi panel ni.Nak tgelak pon ada bila lecturer-lecturer ni siap suruh baca doa qunut gan doa selepas sembahyang..bukan apa, saje je nk tgk sejauh mana student-student ni mendalami ilmu agama. Nk gelak besar tapi xleh puteri kena control, tapi bila student tu kuar jer, apa lg tkuar golak bosar den...

LaP ToP AiMaN

Ni adalah Aiman. Anak kepada Along Puteri. Baru-baru ni Aiman telah berjaya mendapat 5A dlm keputusan UPSR baru-baru ni. Tahniah mama ucapkan atas usaha yg tidak sia-sia selama 1 taun menghempas pulas membaca buku & mbuat rujukan. Setelah termakmulnya usaha yg dilakukan, Aiman pon menuntut janjinya dr Along puteri untuk membelinya Lap Top. Lantak ko Long, sapa suruh janji benda yg mahal-mahal.hahaha... Dengan berat hati & tpaksa menunaikan janji, Along pon membelikan Aiman sebuah Lap Top.....

Aiii budak-budak sekarang,makin canggih kehidupan diaorang, akak dulu pon lulus periksa dapat belanja makan sodap-sodap jer dr ayahanda tercinta.tak berani nk mintak mahal-mahal. huhuhu...

Dah macam pakar IT lak mama tgk Aiman..

Sambil diperhatikan oleh sepupunya..nama aiman gak..

Leka budak-budak ni search internet. Jgn korang bukak yg bukan2 sudah..

Farah dan Afiq x ketinggalan tuk merasmikan lap top ni...

HP baru AfiQ


Semalam Afiq dapat HP baru. Setelah hampir 2 purnama pmintaan Afiq, akhirnya papa & mama dapat jugak memakbulkan permintaan anak mama. Hp ni bukanlah hadiah tuk apa-apa pon, cuma ia adalah hasil duit Afiq sendiri.Iaitu duit sunat + duit raya + duit mama sikit(mama jugak tkena) = Handphone Sony Ericsson.

Papa balik dr opis semalam terus surprisekan Afiq yg tengah leka main game. Dia punya menjeritlah bila nmpk HP yg diidam-idamkan...


Leka kemain lagi membelek HP baru...Pasni klu x baca buku jugak, siap ko mama kerjakan..