10 Oktober 2012

KuMPuLKaN CiTe SuMeNya

Assalammualaikum,

Kali ni nk cite secara marathon. Kita kumpulkan cite tuk 3 ari trus. Ari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Meh kita mulakan cite..

Jumaat (05.10.12)

Satu dept AcMD (Academic Dept), dept saya sume berkampung di PICC, Putrajaya krn terlibat dgn Konvo Unikl. Ari Jumaat adalah ari Rehearsal. Ari sebetul-betulnya tuk konvo ialah ari Sabtu dan Ahad. Unikl MFI untuk tahun ini para graduan menerima Diploma dan Ijazah diadakan pada hari Ahad. Makanya ari Ahad aka rest day terpaksalah kami bekerja dgn seikhlasnya pada ari cuti itu. Tapi xpe, nanti kita sume dapat cuti replacement yer. Ske ske..

Berblk pada cite ari Jumaat, saya n the geng secara berjemaah telah menaiki kete Exora aka kete company untuk kesana. Seperti biasa org yg agak kurang kecik, kena dok set belakang sekali. adoiii sebenarnya saya ni tak leh dok seat belakang. takut pening!!!leh kerna tak nak di cop " byk cekedak" dan harus ditinggalkan maka saya hnya mampu bdoa dlm ati jauhkan lah segala sakit2 ni. takut ooo..klu dah pening kang, 1 keje tak leh wat. Berkat doa dlm ati dan doa naik kenderaan, alhamdulillah saya dijauhkan dr penyakit itu. saya kt blkg bersama best buddy saya.

Biar kurang keje asalkan jgn kurang mkn..hahahaha...knpa saya ckp cmtu. Sbbnya ari Rehearsal ni byk dok melanguk dr wat keje. Dlm waktu bekerja dah dok terpikir apa nk mkn lunch nanti. Al-maklumlah ari Jumaat kan rehat lama. So kami telah decide utk melantak di Johnnny's Alamanda. Saya terus setuju sbb klu nk tggu mr papa mmg Tak Lah kan. sbb mr papa bab2 seafood ni agak kurang. mr papa kata HANYIR..nk nyer klu melibatkan ikan2 ni. leh kerna mr papa tak mkn maka isterinya ini pon turut sama agak kurang mkn. bkn tak mkn yer tapi kurang...tuk pengetahuan kwn2 opisku, NI ADALAH PENGAKUAN BENAR.Saya first time masuk Johnny's ni. hahahaha...pandai tak saya cover hinggakan sorang pon tak perasan yg saya agak janggal nk memakan steamboat ini.Gud JoB PUTERI BONGSU..**bangga disitu** ehhh korang....pasni kita gi mkn sushi lak yer. Plzzzzz...ni sume angkara suami sayalah ni..

my best buddy

nadia & cik yan. ko pandang mana tu nadia...

Dah settle mkn, sekali kami dikejutkan dgn kehadiran blogger terkenal Fillanie dan Aceh. Dok belakang meja kami. Nsb time ni peyut dah kenyang. Masing-masing mengelabah nk salam & ambik gmbr. tak sangka sahabat2 ku pon sama jakun. kira tak malu lah kan ada geng!! Gaya memasing mcm jumpa artis. Menggelenyar masing2. Nk tegur Fillanie malu, tegur Acehlah. aku gan cik yan sama2 serentak tegur Aceh. hyeee Acih smbil lambai2 kt Aceh. Fillanie toleh & sama2 lambai.


Dapat gak salam Fillanie & ambik gambar sama2. Fillanie pon ada update gambar saya ni kt blog dia. Bangga siottttttttttttt...Tapi adohaiiii alangkah hodohnya saya kt situ. terstim lbh smpi tertutup mata ambik gambar.agagagga...

Kul 7.30pm message Raiqal. Dah janji nk jumpa Raiqal sok kt Maktab. Selalunya klu nak jumpa Raiqal saya akan tanya nk mkn apa. nk mama masak @ fast food. Ni sume bergantung pd Raiqal. klu dia nk saya masak, saya akan masak. klu dia nk fast food saya lg ske sbb lg mudah & menyenangkan. beratur, order n bayar je..tapi jwpan mess Raiqal dia nk saya masak!!! nk lauk aym masak lemak cili api opah dan udang sambal. Leh kerna Raiqal request masakan opah, makanya opahlah yg kena masak.....agagagaga..

Pas solat maghrib, kami laki bini g Giant cari udang & aym.


Aceh bgaya gan beg telekong saya yg saya bawa ke PICC. Bergaduh2 gan Aceh tak kasi dia bwk beg tu. Tapi dia nk gak. Mulut Aceh merahkan...dia dah tonyoh lipstick kt mulut!!!Nak sgt ank ppuan kan..haaaaaaaa rasalah skrg!!!!

Ok selesai cite ari Jumaat. 

SABTU (06.10.12)

Sebelah pagi dok umah. Nk settlekan mengemas,menggosok & masak. Gear 5 digunakan untuk memantaskan keje. Mr papa sebelah pg ada tourment bowling di Kajang.  Tggu mr papa blk n terus ke K.Klawang. Janji gan Raiqal kul 4.

Smpai MRSM, Raiqal baru bangun tido. Ambik Raiqal kt asrama terus gi wakaf. Wakaf ni ialah pondok-pondok yg disediakan oleh pihak maktab untuk parents2 dok lepak2 gan ank2 mereka. Kt wakaf ni lah tempat kitaorg makan bekalan yg dibawa.

Sonok tgk Raiqal mkn..Rindu dgn nasi umah, rindu kat mama, rindu kt papa & rindu kt adik-adik.

Raiqal akn balik bercuti Raya Haji ni. Kemungkinan akan blk awal pada 24.10.12. Elok sgtlah tu..saya ske sgt dgn tarikh tu!!

AHAD (07.10.12)

Seawal 7.30am dah kena ada di PICC. Sungguh zalim..

Tema konvo ialah Itam dan Gold. Staff digalakkan memakai jubah itam.


assalammualaikum ya hajjah....


asal tetiba haku nmpk pendek sgt ni. rsnya kasut dah cukup tinggi. korang jingkit ehhh...

peluk erat2..nanti lari....

Bila dah beramai-ramai pakai jubah ni dah terasa mcm kt umrah lak. Pakaian dah cukup muslimah tapi perangai masing-masing je masih lg tak cukup kewarakkan!!! hohoho....

Maka tamatlah karangan saya untuk arini. Dah lama tak buat karangan pnjg ni. Klu SPM msti dapat 1 LAH..

 

Tiada ulasan: