17 Mac 2010

PeRKeMBanGaN SeMaSa

Memandangkan minggu ni usia kandungan puteri mencecah 23 minggu, makanya puteri nk letakkan perubahan2 yg ada pd diri puteri setakat ini.

Perubahan2 yg ada pada puteri skrg ialah :

1. Cepat mengah tapi masih leh blari2 anak.
2. Peyut makin ke dpn dgn majunya.
3. Baby mula bgerak dgn aktif.
4. Jantina masih tak nmpk. masih surprise !!
5. Selera mkn makin btmbh.Mamposlah aku pas ni..
6. Kembang sana sini. adehhh...
7. Emosi sgt2 sensitif & kuat jeles. sampai dah kena tegur gan papa. papa kata buruk perangai..
8. Yg penting semakin ayu...perasan ttp ada...

Jom kita berkongsi pulak perkembangan baby di dlm peyut tuk tatapan pembaca2 blog puteri.

Perkembangan janin dlm kandungan dlm trimester kedua (minggu ke 14-minggu 27)

MINGGU KEEMPAT BELAS (14)

- Perkembangan janin pada masa ini ialah janin mula belajar menghembus dan menarik nafas.

MINGGU KELIMA BELAS (15)

- Kulit janin kelihatan lutsinar. Jadi, apa sahaja yang melalui salur darahnya dapat dilihat dengan jelas biarpun kulitnya itu dilindungi rambut halus.

MINGGU KENAM BELAS (16)

- Perkembangan janin dalam kandungan yang dapat dilihat, Kaki janin semakin panjang dan boleh menendang.ketika pemeriksaan antenatal dilakukan, anda boleh mendengar denyutan jantungnya. janin melakukan pergerakan pertama matanya dan turut memberi tindak balas kepada bunyi walaupun telinganya belum terbentuk sepenuhnya.

MINGGU KETUJUH BELAS (17)

- Saiz janin pada masa ini sebesar avakado iaitu beratnya 170 g dan lemak mula menyaluti kulit bawahnya. janin boleh menghisap dan menelan . Matanya kini sudah diakhir pemebentukan. Janin sudah berupaya mengerdipkan matanya.

MINGGU KELAPAN BELAS (18)

- Perkembangan janin dalam kandungan pada masa ini, berat janin adalah sekitar 225g. Janin mulai pandai membuat bunyi-bunyian. Janin jugaakan menutupkan telinganya jika terdengar bunyi membingitkan.

MINGGU KESEMBILAN BELAS (19)

- Kulit janin dilindungi dengan bahan melekit putih yang dikenali verniks daripada air ketuban. Janin mula berlatih menggerakkan tubuhnya seperti berguling dan melentik ke belakang. janin juga suka menggerakkan mata, menendang dan menumbuk.

MINGGU KEDUA PULUH (20)

- Perkembangan janin dalam kandungan yang kita dapat lihat ialah jika bayi anda perempuan, rahimnya sudah terbentuk. Sistem saraf dan otaknya kini suda matang bagi membolehkan dia menggerakan otaknya.

MINGGU KEDUA PULUH SATU (21)

- Perkembangan janin dalam kandungan yang kita dapat lihat, saiz janin sebesar buah pisang yang besar. Lemak berterusan berkumpul dan tulang-tulang serta otot-ototnya semakin hari semakin kuat. Perkembangan janin dalam kandungan pada masa ini agak perlahan tetapi jantungnya semakin kuat.

MINGGU KEDUA PULUH DUA (22)

- Perkembangan janin dalam kandungan pada masa ini kelihatan berkembang dengan sempurna. Tulang dalam bahagian telinga semakin keras, maka pendengarannya semakin jelas.

MINGGU KEDUA PULUH TIGA (23)

-Tulang telinga janin pada masa ini sudah mengeras dan lanugo di kulitnya semakin menipis dan bewarna kegelapan. Apabila anda melakukan persetubuhan, bayi akan menyedarinya dan kadar denyutan jantungnya akan naik atau turun mendadak. Tetapi hal ini tidak memudaratkan janin.

MINGGU KEDUA PULUH EMPAT (24)

- Perkembangan janin dalam kandungan, pada masa ini, ialah janin mulai bertindak balas dengan suara anda.Rangsangan baik untuk perkembangan otaknya.

MINGGU KEDUA PULUH LIMA (25)

- Salur darah dalam paru-paru janin mula berkembang dan lubang hidungnya mula terbuka. Perkembangan dari segi tulang juga dapat dilihat, tulangnya semakin kuat. Struktur telinganya sudah sempurna.

MINGGU KEDUA PULUH ENAM (26)

- paru-paru Janin mula menghasilkan bahan yang dikenali sebagai surtactant yang mebolehkannya bernafas dengan baik, warna mata janin bergantung kepada warna latar belakang etniknya.

MINGGU KE DUA PULUH TUJUH (27)

- Janin pada masa ini seberat 907 g dan panjangnya 14 inci, Janin kelihatan seperti bayi yang sudah lengkap anggota badanya tetapi dalam bentuk yang kecil dan kurus. Otak dan paru-parunya brekembang pesat, janin sangat suka menghisap jarinya.

Terima kasih mr google...

4 ulasan:

Ibuhani berkata...

hehehe.....ingat lg masa huda, Fara n Nana menendang2 dr dlm perutku....huhuhu :)

PuTeRi BoNgSu berkata...

bila peknen, time bb menendang tulah yg paling sonok kan ibuhani..

bila ank2 dah bsr, kenangan tulah merupakan kenangan yg paling terindah tuk kita yg bgelar ibu..

danishahumaira berkata...

ermmm bestnya, nak peknen la tp....fikir dulu hahahaha

PuTeRi BoNgSu berkata...

jom ar danishahumaira joint the club..
ni penyakit bjangkit tau..wakaka