5 Mac 2013

Al-Fatihah

Semalam balik keje, Along saya menunjukkan fbnya kepada saya. Along saya meminta kepastian kepada saya.

Bila saya tgk jew..saya terus terkejut. "Ya Allah abg Ayem.."

Beliau merupakan Supt Ibrahim Lebar seorg pegawai yang terkorban dalam serang hendap di Semporna, Sabah.

Saya dan keluarga mengenali arwah kerana arwah merupakan menantu kepada jiran mama saya dahulu. Kami sama-sama tinggal di Sungai Way, PJ dahulu. Ibu mertua arwahlah yg menjaga saya sejak kecik sehingga saya darjah 4. Arwah biasa datang kerumah saya semasa raya dan semasa arwah papa saya meninggal dunia.

 Kecoh sekejap kami anak beranak. Saya panggil mama saya untuk melihat gambar arwah di FB. mama saya sgt terkejut dan trus menangis. Lax..lax.. ar ma...hahahahaha. Saya pon suruh along saya call wife arwah untuk kepastian. Mula2 along saya serba salah nak call. takut tersalah org. Tapi klu kita tak call, mcmana nk dptkan kepastian. Akhirnya Along saya call wife arwah. Kami panggil wife arwah ANGAH. kami call sekitar pukul 7.40 mlm. Angah angkat call dan jawapan kami terima ialah YA!!!...dan angah ketika itu on the way balik ke rumah menggiringi arwah dari airport Subang.Angah mengatakan jenazah akan dibawa balik dan akan kemasjid untuk disolatkan dan akan disemadikan pada pukul 9 mlm.

Bila dpt berita, kami terus solat magrib, mandi2 dan terus ke Subang.

Supt Ibrahim Lebar

Sampai di rumah, jenazah telah dibawa ke masjid.





Mama saya menemankan wife arwah ke kubur bersama-sama dgn anak arwah. Anak sulung arwah lelaki sm2 mengiringi arwah dgn menaiki kereta jenazah. Merasa mama saya naik estima polis.hohohoiiii...

Kami sama2 kekubur dgn diiringi kereta dan moto polis. Polis siap buat sekatan jln raya bg menghormati jenazah. Klu tak wat sekatan jln raya, alamatnya jln jamelah. Dan merasalah saya kena eskot dgn polis. Mcm dlm tb tu....muahahahahahahahaha....

Smpai di kubur, ya allah ramainya umat yg dtg ziarah. Alhamdulillah rezeki arwah. Persiapan dikubur dan khemah2 yg dipasang sume disediakan oleh pihak PDRM.



Bacaan talkin daripada imam PDRM

Bersemadinya perwira negara

Yang saya terharu dan amat-amat sedih bila tarikh 03.03.2013 merupakan tarikh ulangtahun perkahwinan beliau bersama isteri tercinta.

Al-fatihah..

Semoga arwah dipelihara oleh Allah SWT. Allah SWT lebih menyayangimu.

 

Tiada ulasan: